TARIKH: 𝟐𝟔 - 𝟐𝟕 𝐉UN 𝟐𝟎𝟐𝟒
Politeknik Hulu Terengganu telah menganjurkan program Kursus Asas Pendakian Bukit Keluang Besut bersama Politeknik Besut Terengganu bermula semalam dan hari ini.
Kursus Asas Pendakian telah dimulakan dengan taklimat berikut melalui platform online pada hari pertama berkursus:
1. Keselamatan
2. Pengenalan Aktiviti Pendakian
3. Cara - cara pendakian
4. Faedah pendakian
Seramai 65 peserta telah terlibat terdiri daripada staf PHT dan PBT. Selesai sahaja pendakian Bukit Keluang, peserta melaksanakan aktiviti mengutip sampah di sekitar Pantai Bukit Keluang dengan kerjasama GENG PLASTIK IJA Daerah Besut. Program telah dirasmikan oleh Pengarah Politeknik Hulu Terengganu iaitu Tuan Haji Azahan bin Hj Daud diiringi oleh Pengerusi Puspanita PHT, Pn. Fatimah binti Muhamad Nawi dan Pengerusi Puspanita PBT, Pn. Tong Suat Song.
Terima kasih diatas kerjasama semua dan diharapkan kursus ini telah mencapai objektif yang sebenarnya iaitu mengajar kemahiran asas pendakian, memupuk kesedaran alam sekitar, memperkukuhkan kerjasama antara institusi dan mendorong peserta untuk meningkatkan kecergasaan fizikal dan mental.
No comments:
Post a Comment