Tarikh : 𝟏 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓
Tempat : Pusat Islam PoliBesut
Masa : 12.30tgh - 5.00 petang
Program Kembara Jiwa Suci @ Rejab, yang diadakan pada 1 Januari 2025 di Pusat Islam telah menjadi pembuka tirai bagi program Puspanita Politeknik Besut Terengganu pada tahun 2025. Program ini telah berlangsung pada waktu Zuhur dan melibatkan penglibatan seluruh ahli Puspanita PoliBesut.
Tujuan utama program ini adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara ahli terutamanya pada bulan berkat iaitu bulan rejab. Program dimulakan dengan solat zuhur berjemaah dan diikuti dengan bacaan yasin beramai-ramai. Seusai itu, program diserikan dengan majlis ilmu yang disampaikan oleh Ustazah Endon binti Che Mat selaku Biro Kerohanian.
Program diteruskan dengan penyediaan butir nako sebagai ole-ole kepada semua ahli yang berpuasa. Keseronokan, kegembiraan dapat dirasai walaupun hanya sekejap!
Dengan semangat ini, Program Kembara Jiwa Suci diharapkan dapat membawa manfaat kepada semua peserta dalam usaha mereka untuk mendekatkan diri kepada Allah.
No comments:
Post a Comment