Friday, January 10, 2025

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN BULAN JANUARI

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN BULAN JANUARI
Puspanita Politeknik Besut Terengganu ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran bulan Januari kepada :

1. PUAN ROSHILA BINTI ABDUL MUTALIB
2. PUAN ENDON BINTI CHE MAT
3. PUAN RINA ILYANA BINTI ZAINAL
4. PUAN ZURIANI BINTI MOHD AB RAHIM
5. PUAN NOR RULMAISURA BINTI MOHAMAD
6. CIK NURUL BAITUL HASNI BINTI SAFIAI
7. CIK ZAFIRA BINTI AZMAN
Semoga selalu dalam lindungan dan rahmat Ilahi, dikurniakan kesihatan yang baik dan dilimpahkan dengan rezeki berpanjangan.






Hiking Bukit Keluang

Tarikh : 9 Januari 2025

Tempat : Bukit Keluang

Program : Hiking Bukit Keluang

Jom hiking. Bice jjadi slalu!
So, hari ni team Puspanita PoliBesut hiking Bukit Keluang. Nak sihat kan kenalah penat sikit.hihihihi...Hiking merupakan program sukan yang boleh dikatakan diadakan secara berkala setiap tahun. Nak pegi mana lagi kan kalau kat Besut ni selain Bukit Keluang.
Terima kasih kepada team Puspanita PoliBesut. Rancang jjadi slalu! Tahun ni gerenti berebut biggest loser!
















𝐆𝐞𝐫𝐚𝐢 𝐉𝐮𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐏𝐮𝐬𝐩𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐒𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧𝐚 𝐊𝐨𝐧𝐯𝐨𝐤𝐞𝐬𝐲𝐞𝐧 𝐓𝐚𝐛𝐢𝐤𝐚 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐬 𝐁𝐞𝐬𝐮𝐭

Tarikh : 7 Januari 2025

Tempat : Politeknik Besut Terengganu

Program : 𝐆𝐞𝐫𝐚𝐢 𝐉𝐮𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐏𝐮𝐬𝐩𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐒𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧𝐚 𝐊𝐨𝐧𝐯𝐨𝐤𝐞𝐬𝐲𝐞𝐧 𝐓𝐚𝐛𝐢𝐤𝐚 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐬 𝐁𝐞𝐬𝐮𝐭

Puspanita Politeknik Besut Terengganu terus melangkah. Tahun 2025 tak relaks guys. Nak2 minggu ada program. So, hari ini, Puspanita PoliBesut telah menyertai gerai jualan sempena Konvokesysen Tabika Kemas Besut yang telah berlangsung di PoliBesut.
Antara jualan di gerai Puspanita adalah air balang, aiskrim mini, colek buah, aneka makanan dan bouquet konvokesyen. Alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan.
Terima kasih kepada semua Puspanita yang terlibat terutamanya yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan gerai ini! anda sememangnya hebat!





















Wednesday, January 1, 2025

𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐊𝐞𝐦𝐛𝐚𝐫𝐚 𝐉𝐢𝐰𝐚 𝐒𝐮𝐜𝐢 @ 𝐑𝐞𝐣𝐚𝐛 𝟏𝟒𝟒𝟔𝐇

Tarikh : 𝟏 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓

Tempat : Pusat Islam PoliBesut

Masa : 12.30tgh - 5.00 petang

Program Kembara Jiwa Suci @ Rejab, yang diadakan pada 1 Januari 2025 di Pusat Islam telah menjadi pembuka tirai bagi program Puspanita Politeknik Besut Terengganu pada tahun 2025. Program ini telah berlangsung pada waktu Zuhur dan melibatkan penglibatan seluruh ahli Puspanita PoliBesut.

Tujuan utama program ini adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara ahli terutamanya pada bulan berkat iaitu bulan rejab. Program dimulakan dengan solat zuhur berjemaah dan diikuti dengan bacaan yasin beramai-ramai. Seusai itu, program diserikan dengan majlis ilmu yang disampaikan oleh Ustazah Endon binti Che Mat selaku Biro Kerohanian.

Program diteruskan dengan penyediaan butir nako sebagai ole-ole kepada semua ahli yang berpuasa. Keseronokan, kegembiraan dapat dirasai walaupun hanya sekejap!

Dengan semangat ini, Program Kembara Jiwa Suci diharapkan dapat membawa manfaat kepada semua peserta dalam usaha mereka untuk mendekatkan diri kepada Allah.
















SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN BULAN JANUARI

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN BULAN JANUARI Puspanita Politeknik Besut Terengganu ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun K...